ANNOUNCEMENT

You will be redirected to my new blog at www.twinchocchips.blogspot.com in 5 seconds!

Tuesday, June 17, 2008

Pasti disukai, pasti dimiliki


Album Pasti. Pasti dapat menambat hati anda. =)

Setelah hampir setahun rasa-rasanya, Daniel Lee mengeluar satu lagi album baru. Kali ini, seperti album atau EPnya adalah dalam bahasa yang saya tengah taip ini. Memerlukan power yang banyak tau? Susah nak taip dalam Bahasa Melayu memandangkan bahasa saya baku sebaku-bakunya. Itu bahasa Ping Ping. =P

Tentang album ini. Album ini akan berada di pasaran mulai hari ini. Album ini berjudul Pasti dan mempunyai kira-kira 8 lagu kalau tak silap saya, khas untuk peminat-peminat Melayu Daniel. Akhirnya dapat juga kita mendengar Daniel menyanyi dalam Bahasa Melayu. Harap-harap loghat Cina dan budak Kedah tak keluar lah.



Lol, pemancing ikan dan Daniel. Jangan peduli kotak putih itu, saya malas nak pergi printscreen sekali lagi. Daniel dan ayahnya ketika Hari Bapa.

Selalu saja orang bertanya kepada saya, kenapa tergila-gilakan Daniel sedangkan terdapat banyak artis lain yang lebih kacak, nyanyi dengan lebih baik dan sebagainya. Mungkin seperti sebab saya lebih menyukai penulis belog yang membalas comment, terasa lebih dekat. Daniel sememangnya merupakan seorang penyanyi yang bawah kepada bumi (down to earth -.-).


Antara banyak banyak artis, saya paling suka membaca belog dia kerana belog dia ada dalam banyak bahasa. Kamu panggil pisang seperti saya baca belog Bahasa Mandarin, terpaksa juga Babel Ikan Translasi dikeluarkan. Daniel dengan sendirinya menterjemah belognya kepada kita dan juga, dia selalu update dengan humor dia. =) Kamu patut membaca belog dia.

No comments:

Visit http://www.themanni-queen.blogspot.com/ for nice dresses.