ANNOUNCEMENT

You will be redirected to my new blog at www.twinchocchips.blogspot.com in 5 seconds!

Wednesday, April 08, 2009

Saya boleh berbahasa Malaysia okay?

1. Bekas kekasih saya adalah:
Seseorang yang kamu tak kenal dan takkan kenal.

2. Saya sedang mendengar:
Kamu tak perlu cinta saya daripada Abin Fang.


3. Mungkin saya patut:
join kakak sepupu saya untuk kurangkan berat badan!! Tapi sekarang, yang paling penting, mungkin saya patut mengulang kaji untuk peperiksaan Isnin ini.

4. Saya suka:
Baca belog orang lain, tulis belog sendiri, tengok berapa banyak orang baca, *ok, kamu sudah faham I suka belog*, dengar lagu, tengok rancangan realiti *power*

5. Sahabat-sahabat baik saya:
tidak membenci saya kerana perangai saya yang pelik-pelik dan sanggup menerima saya sebagai seorang yang cakap tak henti-henti. Mereka tulis belog untuk hari jadi saya tau? *HAHA, promote kau kau*

6. Saya tak paham:
Kenapa orang suka minum kopi *tunjuk kat kakak sepupu sambil geleng kepala*. Saya juga tak paham kenapa saya tak boleh mengulang kaji. *Oh, saya tau, saya tengah sibuk.*

7. Saya kehilangan:
duit saya. Kamu jumpa duit?? Ah...Saya mia...


8. Ramai yang berkata:
Memang susah nak mengulang kaji waktu cuti belajar. Betul...Saya setuju dengan kaki dan tangan naik.


9. Makna nama saya:
Saya tak tau. Tapi janji bes bes la.

10. Cinta itu adalah :
kalau tak ada kemahiran, jangan cuba. Saya tak tau nak cakap apalah....

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
sibuk mengulang kaji sebab peperiksaan dah nak tiba.


12. Saya akan cuba :
kurangkan makan dan cakap belakang orang. Cakap kat depan tak apa. XD

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
Errrr...sangat lama????

14. Telefon bimbit saya :
Cantik. Apasal? Nak curi? Jangan fikir pun. *Seong tou mm hou seong ar*

15. Bila saya terjaga dari tidur;
Wah...Sudah pukul 12 ka??? *shy*


16. Saya paling meluat apabila:
saya nampak benda yang meluatkan saya. -.-" Saya meluat pasal banyak benda la..

17. Pesta / Parti adalah:
sesuatu yang saya tak dapat menikmati sekarang kecuali kalau kamu berpendapat mengulang kaji *akan buat kejap lagi* adalah satu pesta. T_T

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
anak kucing abang sepupu sayang. Anak anjing dan anak hamster juga comel. Tapi, anak orang yang paling comel, cuma, dia bukan haiwan.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
sekitar tahun 2003 hingga 2007 kut. HAHA, pergi kira umur saya ketika itu. Ketika itu, saya ada kawan-kawan yang bes bes kat sekolah dan saya ada gang makan pagi. Sekarang? Makan sorang-sorang.

20. Hari ini :
Saya tak buat apa-apa selain menghabiskan masa menonton televisyen, seperti hari-hari yang lain. T_T

21. Malam ini saya akan:
sekurang-kurangnya menghabiskan beberapa bab bagi pemikiran kritis. Kecik saja bab-babnya.

22. Esok pula saya akan:
Betul-betul mengulangkaji dan bukannya menggolek-golek di atas katil.

23. Saya betul2 inginkan:
- *saya akan kosongkan ini kerana saya sudah dapat banyak hadiah kemarin. Tak boleh tamak.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
"Eh, ini siapa? Cantiknya." *terdengar kawan-kawan saya muntah-muntah di belakang.*

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan;
adalah rumah kedua saya. Saya perlu membeli-belah!!!! Walaupun banyak baju tak muat.

26. Makanan Barat atau Jepun:
Saya suka dua-dua. Tapi lebih suka makanan Jepun. Yum yum.. *lapar plak*

27. Bilik yang terang atau gelap:
Saya dua-dua pun tak suka. Sebab kalau terlalu terang, Charlie datang. Terlalu gelap, musang plak yang datang.

28. Makanan segera adalah:
makanan yang segera. Betul kan????

.29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang.
"TAK MAU TAK MAU, JANGAN TANYA SAYA NAK MAKAN KER TAK! *ibu saya la...selalu nak bagi saya makan. I dah kata nak diet kan?

30. Siapa yang anda nak TAG?:
tak nak tag la. Semua sibuk-sibuk belaka. Macam mana? Bahasa Malaysia saya pass tak?

4 comments:

3w3yaN said...

wah..bahasa melayu awak sangat bes sekali..sudah lama aku tak baca dan tulis dalam bahasa melayu..tapi ada baik juga ,sekali sekala menulis dalam bahasa melayu..

Mrs Chong said...

eweyan: ya la..sebab tu saya buat tag ini, syok juga. XD

Mad Maureen said...

Lol.. I like your answer on bilik gelap and bilik terang best.. hehehe... Overall, anda sememangnya boleh berbahasa Melayu dengan baik.. Tahniah!! ;)

Mrs Chong said...

maureen: terima kasih...HAHAHHAHA...

Visit http://www.themanni-queen.blogspot.com/ for nice dresses.